Pembangunan Fasa 2
Pembangunan Fasa 2
KOMPLEKS PENDIDIKAN BAHRUL ULUM
Pakej Pembangunan Fasa 2 adalah pembinaan (1) sebuah bangunan Pusat Islam (dua tingkat), yang menempatkan ruang solat, pentadbiran dan seminar, (2) sebuah bangunan Asrama (empat tingkat) yang menempatkan ruang asrama pelajar, bilik warden, bilik ulangkaji dan kuaters guru kelamin, (3) padang dan gelanggang sukan, (4) sebuah Loji Rawatan Kumbahan, dan (4) kerja-kerja infrastruktur tambahan seperti naik taraf jalan, pagar, longkang utama, dan titi untuk menyeberangi Sungai Mengkuang.
Bangunan Pusat Islam
Bangunan Asrama
Bangunan Pusat Islam adalah pakej utama Fasa 2 ini. Ianya akan menempatkan ruang solat (Surau), ruang pentadbiran (pejabat dan mesyuarat) dan ruang seminar. Pusat Islam adalah keperluan terdesak SRIBU buat masa ini memandangkan peningkatan jumlah pelajar melebih 400 orang, sedangkan surau sementara sekarang hanya mampu menampung kira-kira 300 orang pelajar sahaja dalam satu masa. Kerja-kerja pembinaan bangunan ini dijangka akan bermula pada 2018.
Bangunan Pusat Islam
Bangunan Pusat Islam melalui 3 sudut pandangan
Keluasan Lantai adalah 10,650 kaki persegi, dimana tingkat bawah adalah ruang pentadbiran dan seminar, manakala tingkat satu adalah ruang solat yang dapat memuatkan seramai 770 orang jamaah dewasa dalam satu masa.
Anggaran kos pembinaan Pusat Islama dalah kira-kira RM 6 juta.
Pengenalan
Kerjaya di SRIBU
Semua pemohonan perlu diisi secara online di WEB SRIBU
Senarai Jawatan yang di Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU)
A. Pentadbiran dan Sokongan
1. - Kerani (tiada kekosongan)
SKOP KERJA : Pembantu Dana - Kemahiran Design (Photoshop, Ilustrator dll) (Wajib)
2. - Warden Asrama (2 kekosongan LELAKI SAHAJA)
3. - Pengawal Keselamatan (tiada kekosongan)
4. - Pekerja Am (Kebersihan dan Baik Pulih) (1 kekosongan LELAKI SAHAJA)
SKOP KERJA: 1. pembersihan sekitar sekolah
2. baik pulih barangan ringan ( perabut , paip air dan sebagainya)
5. - Pembantu Kantin / Tukang Masak (1 kekosongan LELAKI SAHAJA)
B. Akademik
1. - Guru Akademik KSSR (Tiada Kekosongan)
(Subjek Matematik dan English)
2. - Guru Addin ( Tiada kekosongan)
3. - Guru Al Quran (Tiada kekosongan)
4. - Jurulatih Ko-Kurikulum (tiada kekosongan)
Aktiviti dan Sumbangan JIBG
- sedang dikemaskini -