Sejarah Ringkas SRIBU

 

  • Pada tahun 2004 SRIBU telah ditubuhkan hasil cadangan dan inisiatif beberapa orang pemuda bagi memenuhi keperluan masyarakat Muslim ketika itu khususnya di Pulau Pinang yang mahukan sistem pendidikan yang seimbang antara pengajian agama dan akademik.
  • Pada Januari 2005, SRIBU memulakan operasinya dengan menyewa premis sementara di Pusat Perniagaan Taman Arowana, Permatang Pauh. Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah telah dilantik sebagai Mudir yang bertanggungjawab mentadbir operasi sekolah. Pelajar bagi sesi pertama persekolahan ini berjumlah 31 orang.
  • Pada tahun 2006, bilangan pelajar telah meningkat kepada 79 orang, manakala pada tahun 2007 bilangan pelajar telah meningkat kepada 135 orang, iaitu mencecah kapasiti maksima berdasarkan ruang dan kemudahan pada waktu itu walaupun masih ada permintaan daripada masyarakat/waris pada waktu itu.
  • Pada tahun 2009, SRIBU telah bersetuju untuk membeli sebahagian (1/2) daripada tanah  di Lot 128 Mukim 19, Kampung Mengkuang Titi, Penanti bagi mendirikan Kompleks Pendidikan SRIBU. Kerja-kerja pembinaan Fasa 1 kompleks ini telah dijalankan pada pertengahan 2013 dan siap pada awal 2015. Pada 17 Januari 2015, SRIBU telah memulakan operasinya di kompleks ini.

 

Maklumat Pengunjung

1.png7.png6.png0.png8.png5.png
Hari Ini94
Yesterday227
This week1502
This month3808
Jumlah Pelawat176085

Sunday, 17 December 2017 09:50

Lokasi SRIBU

Hubungi Sekolah

Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum,
SB TBP Unit 5, Lot 128, Mukim 19, Kampung Mengkuang Titi,
14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Tel: 04 - 522 2664 | 04 - 522 3664 
013 588 0907
  Waktu Urusan: Isnin-Jumaat
8:00am-1.00pm | 2:30pm - 4:30pm
Sabtu / Ahad / Cuti Umum
Tutup