SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

LEMBAGA TADBIR DAN SELURUH WARGA SRIBU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN TAHUN SEBELUMNYA. 

RAMADHAN TAHUN INI AMAT BERERTI BILAMANA KITA MENYAMBUTNYA DALAM SUASANA PKP. BERTERAWIH DI RUMAH, TIADA BAZAR RAMADHAN SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUM INI.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA, DAN SEMOGA VIRUS COVID-19 INI LENYAP DARI TANAH AIR KITA SECEPAT MUNGKIN SUPAYA PKP DAPAT DITAMATKAN DAN KITA DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI BIASA.

SEPANJANG TEMPOH PKP INI, SRIBU JUGA MEMBUKA RUANG UNTUK TUAN/PUAN MENGAMBIL KEBERKATAN DAN GANJARAN BESAR BERINFAQ/BERSEDEKAH PADA BULAN RAMADHAN, SEPERTIMANA HADIS NABI SAW RIWAYAT IMAM AT TIRMIDZI, SEBAIK-BAIK SEDEKAH ADALAH SEDEKAH YANG DIKELUARKAN PADA BULAN RAMADHAN. SUMBANGAN INFAQ/SEDEKAH TUAN/PUAN AKAN DIGUNAKAN BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI DAN PENGURUSAN SRIBU YANG HARI INI JUGA TERKESAN DARI SUDUT KEWANGAN SEPANJANG TEMPOH PKP.

LAGI

INFAQ SUMBANGAN TABUNG IHYA RAMADHAN

SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN PADA TAHUN INI, SRIBU SEKALI LAGI INGIN MEMBUKA PELUANG KEPADA TUAN/PUAN/DATO’/DATIN YANG INGIN MEREBUT KEBERKATAN RAMADHAN DAN PAHALA YANG BERLIPAT GANDA DENGAN BERSAMA-SAMA BERINFAQ DAN MENYUMBANG KE TABUNG IHYA’ RAMADHAN SRIBU. SUMBANGAN KE TABUNG INI AKAN DIGUNAKAN BAGI MEMBIAYAI PERBELANJAAN MENGIKUT URUTAN DAN KEUTAMAAN BERIKUT :

1.MAJLIS IFTAR PELAJAR ASRAMA DAN WARDEN.

MENAJA MAJLIS BUKA PUASA (IFTAR) UNTUK 185 ORANG PELAJAR DAN WARDEN, IAITU SEBANYAK RM 1,295.00 SEHARI. JUMLAH TAJAAN SEBULAN RAMADHAN YANG DIPERLUKAN ADALAH RM 1,295.00 X 17 HARI BERSEKOLAH = RM 22,015.00

2.SAHUR PELAJAR ASRAMA DAN WARDEN

MENAJA MAJLIS/JAMUAN BERSAHUR UNTUK 185 ORANG PELAJAR DAN WARDEN, IAITU SEBANYAK RM 925.00 SEHARI. JUMLAH TAJAAN SEBULAN RAMADHAN YANG DIPERLUKAN ADALAH RM 925.00 X 17 HARI BERSEKOLAH = RM 15,725.00

3.MOREH PELAJAR ASRAMA DAN WARDEN

MENAJA MAJLIS/JAMUAN MOREH UNTUK 185 ORANG PELAJAR DAN WARDEN, IAITU SEBANYAK RM 555.00 SEHARI. JUMLAH TAJAAN SEBULAN RAMADHAN YANG DIPERLUKAN ADALAH RM 555.00 X 17 HARI BERSEKOLAH = RM 9,435.00

4.PROGRAM-PROGRAM PELAJAR SEPANJANG RAMADHAN

PROGRAM-PROGRAM MELIBATKAN PELAJAR ASRAMA DAN HARIAN SEPERTI TADARUS AL QURAN, CERAMAH PERSEDIAAN RAMADHAN, CERAMAH NUZUL AL QURAN DAN SEBAGAINYA.

SRIBU MENGAJAK TUAN/PUAN/DATO’/DATIN UNTUK TURUT BERSAMA-SAMA BERKONGSI PAHALA DENGAN SRIBU.

LAGI

PROGRAM MEGA PANITIA & PENUTUP KURIKULUM 2019

GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN YANG TELAH DIJALANKAN SEMPENA PROGRAM MEGA PANITIA & PENUTUP KURIKULUM 2019.

SEMANGAT ANAK-ANAK SRIBU!

LAGI

MENERIMA LAWATAN DARIPADA GURU SEKOLAH AGAMA DARUSSALAM, PATANI,THAILAND

ALHAMDULILLAH SRIBU JUGA MENERIMA KUNJUNGAN LAWATAN DARIPADA 8 ORANG GURU SEKOLAH AGAMA DARUSSALAM, PATANI,THAILAND.

TERIMA KASIH SUDI MELAWAT WARGA SRIBU DI SINI. 

LAGI

LAWATAN PELAJAR DARI UNIVERSITI RAJABHAT YALA, THAILAND

PADA 22 OKTOBER 2019 YANG LALU, SRIBU TELAH MENERIMA LAWATAN PELAJAR DARI UNIVERSITI RAJABHAT YALA, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN, JURUSAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU.

LAGI

CERAPAN GURU SRIBU

7 HINGGA 11 OKTOBER) SRIBU DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN DPPNPP SEDANG MENJALANKAN CERAPAN GURU SEBAGAI USAHA MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN GURU DALAM MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN RENDAH ISLAM YANG BERKUALITI.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PESARA GURU BESAR DAN PPD, CIKGU HASSAN DAN CIKGU HAMID SERTA USTAZ SHAFIROL (PEGAWAI PENDIDIKAN, JPN DPPNPP) YANG BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR DAN BIMBINGAN KEPADA GURU KAMI. INSYALLAH SRIBU AKAN TERUS KONSISTEN MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KAMI DALAM MELAHIRKAN GENERASI BERIMAN DAN BERTAKWA.

 

LAGI

WAKAF FASA 2 SRIBU MASIH DIBUKA

PEMBANGUNAN FASA 2 TELAH DILANCARKAN PADA MEI 2015 KETIKA MAJLIS SAMBUTAN SEDEKAD SRIBU. KERJA-KERJA PAKEJ A BAGI PEMBANGUNAN FASA 2 TELAH DIJALANKAN SEJAK HUJUNG 2015 TERMASUKLAH KERJA-KERJA TANAH, PARIT DAN LONGKANG, PEMBINAAN/PEMASANGAN PAGAR, PEMBINAAN TITI MERENTASI SUNGAI MENGKUANG, PEMBINAAN PADANG SEKOLAH DAN PEMBINAAN MAKMAL KOMPUTER.

KERJA-KERJA SETERUSNYA ADALAH KERJA-KERJA PAKEJ B ATAU PAKEJ UTAMA DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN FASA 2 SRIBU IAITU MEMBINA SEBUAH BANGUNAN PUSAT ISLAM (SURAU, PEJABAT PENTADBIRAN, DEWAN), SEBUAH BANGUNAN ASRAMA LELAKI DAN KUARTERS GURU, DAN SEBUAH BANGUNAN ASRAMA PEREMPUAN DAN KANTIN/DEWAN MAKAN SEKOLAH. PAKEJ INI  ADALAH KEPERLUAN TERDESAK SRIBU MEMANDANGKAN SURAU SEMENTARA SEKARANG HANYA MAMPU MENAMPUNG SEPARUH DARIPADA BILANGAN KESELURUHAN PELAJAR DALAM SATU-SATU MASA (PELAJAR BERGILIR-GILIR SOLAT).

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI BANGUNAN PUSAT ISLAM INI AKAN DIKONGSI BERSAMA PENGGUNAANNYA OLEH SEKOLAH RENDAH (SRIBU) DAN JUGA SEKOLAH MENENGAH (SMITI BAHRUL ULUM) APABILA TELAH SIAP KELAK.

INSYALLAH, KERJA-KERJA PAKEJ UTAMA INI AKAN BERMULA PADA TAHUN 2020.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, CLICK PEMBANGUNAN FASA 2

UNTUK MENDERMA/WAKAF PEMBANGUNAN FASA 2, CLICK JOM DERMA

LAGI

SUMBANGAN WAKAF PEMBELIAN TANAH TAPAK SMITI BAHRUL ULUM

SRIBU MEMBUKA PELUANG KEPADA SELURUH MASYARAKAT MUSLIM UNTUK BERWAKAF BAGI MEMBELI SEBAHAGIAN TANAH UNTUK DIJADIKAN TAPAK SEKOLAH MENENGAH KAMI. PIHAK AHLI LEMBAGA TADBIR (ALT) SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBELI SEBIDANG TANAH BERSEBELAHAN TANAH SRIBU BAGI MEMBINA BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH MEMANDANGKAN KELUASAN TANAH SEKARANG AMAT TERHAD. PIHAK ALT TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBELI SEBAHAGIAN TANAH DI LOT 931, MUKIM 19, KAMPUNG MENGKUANG TITI. JUMLAH KELUASAN YANG TELAH DIPERSETUJUI ADALAH 1.23 EKAR (KIRA-KIRA 1/3 DARIPADA KESELURUHAN KELUASAN LOT).

LAGI

SUMBANGAN WAKAF PEMBANGUNAN & PENUBUHAN SMITI BAHRUL ULUM

SRIBU MEMBUKA PELUANG KEPADA SELURUH MASYARAKAT MUSLIM UNTUK TURUT SERTA MENYUMBANG DAN BERSAMA-SAMA BERWAKAF BAGI MENUBUHKAN SEBUAH SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH KAMI IAITU SMITI BAHRUL ULUM. SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT (SMAR) INI AKAN DITUBUHKAN BAGI MELAHIRKAN GENERASI ULAMAK, TEKNOKRAT DAN UMARAK YANG BERIMAN, BERTAKWA DAN BERILMU PENGETAHUAN SERTA SETERUSNYA BERAMAL DENGAN ILMU MEREKA SEBAGAI DAEI DAN AKTIVIS YANG AKAN SENTIASA MEMBANGUNKAN ISLAM DAN MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGARA INI.

LAGI

Page 1 of 4