Utama > Kerja Kosong Disember 2019

11-Nov-2019

Kami sedang mencari mereka yang berminat untuk turut serta menjadi sebahagian daripada keluarga kerja SRIBU bagi mengisi kekosongan jawatan berikut untuk sesi persekolahan 2020 :

  1. Warden Asrama Lelaki (1 Kekosongan)
  2. Warden Asrama Perempuan (3 Kekosongan)
  3. Pembantu Tukang Masak (1 Kekosongan)

Mereka yang berminat, bolehlah mengisi borang permohonan secara atas talian di pautan Borang e-Kerjaya. Sila lampirkan (upload) resume dan sijil-sijil berkaitan beserta cover letter.

Tarikh tutup permohonan : 18 Disember 2019

 

 Ciri-ciri Mereka Yang Kami Cari

  1. Mempunyai ilmu/kemahiran yang bersesuaian dengan bidang tugas dipohon.
  2. Mempunyai minat, keikhlasan dan kesungguhan untuk berkerja di Sekolah Agama Rakyat.
  3. Mempunyai minat, kefahaman, keikhlasan dan kesabaran dalam kerja-kerja dakwah dan amal Islami.
  4. Taat pada pegangan agama dan mempunyai syahsiah Islamiyah yang boleh menjadi qudwah kepada murid.
  5. Boleh bekerja dalam pasukan dan lebih masa.

 

Bidang Tugas Jawatan

  • Warden Asrama
    1. Membimbing murid-murid asrama setiap masa terutama dalam mengurus diri dan melaksanakan rutin jadual mereka di asrama.
    2. Membimbing bacaan al quran dan solat murid-murid asrama.
    3. Mengawasi dan menjaga keselamatan murid-murid di asrama.
    4. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan di asrama.
    5. Membantu penyediaan makanan kepada murid.
    6. Minat dan berkemahiran dalam mengurus diri murid dan membimbing murid berumur 7 hingga 12 tahun satu kemestian.
    7. Tinggal dan bermalam di asrama adalah satu kemestian.

 

  • Pembantu Tukang Masak
    1. Membantu Tukang Masak menyediakan masakan kepada 550 orang dalam satu-satu masa.
    2. Membantu Tukang Masak kerja-kerja berkaitan penyediaan masakan, sajian dan kebersihan dapur/kantin.