:
Pengenalan SMITI


PENGENALAN

Bagi memenuhi hasrat dan permintaan masyarakat Muslim Pulau Pinang khususnya dari kalangan waris-waris SRIBU, satu Jawatankuasa Khas Penubuhan Sekolah Menengah telah diwujudkan pada tahun 2017. Jawatankuasa ini menamakan cadangan sekolah menengah dengan nama Sekolah Menengah Sains Islam Bahrul Ulum (SMIBU), yang akan menjadikan bidang sains dan teknikal sebagai salah satu bidang fokus (niche area) di samping bidang agama.

Pada hujung tahun 2018, Jawatankuasa Khas ini bersetuju untuk berada dalam rangkaian Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) yang akan memberi kelebihan dalam aspek pembangunan dan perkembangan guru, kurikulum dan kokurikulum. Maka pada tahun 2019, SMIBU ditukar nama kepada SMITI Bahrul Ulum.

TUJUAN PENUBUHAN

Melahirkan generasi Islam yang akan menjadi ulamak, teknokrat dan umarak pada masa hadapan yang beriman dan bertaqwa, berilmu pengetahuan dan memiliki Syakhsiah Islamiyah.

CADANGAN OPERASI

Cadangan peringkat awal adalah pada sesi Persekolahan 2021, namun bergantung kepada dana kewangan bagi menyediakan fasiliti asas (bangunan sementara). Jawatankuasa Khas Penubuhan juga sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan penubuhan/operasi dari Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Pada tahun awal penubuhan sasaran pelajar adalah seramai 60 orang pelajar setiap batch/tingkatan. Sebuah bangunan sementara akan dibina di kawasan padang sebagai blok akademik SMITI yang akan menempatkan kelas, makmal sains, bengkel rekacipta dan teknologi, dan bilik guru. Pada peringkat awal ini juga, kemudahan asrama tidak disediakan. Ini bermaksud peringkat awal ini konsep SMITI Bahrul Ulum adalah sekolah harian. Insyallah asrama (penuh) akan disediakan pada tahun 2025 apabila pembangunan Fasa 2 SRIBU siap sepenuhnya.

 WAKAF/SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN DAN PENUBUHAN SMITI BAHRUL ULUM

Dana ini akan digunakan bagi menampung kos-kos awal penubuhan SMITI Bahrul Ulum termasuklah kos infrastruktur seperti pembinaan bangunan sementara, kos penyediaan kelengkapan seperti pembelian kerusi, meja, whiteboard dan sebagainya, serta kos-kos lain yang berkaitan. Pihak kami mensasarkan jumlah dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 120 ribu sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan seperti perabot/kelengkapan kerusi meja untuk pelajar sekolah menengah, peralatan elektrik seperti kipas angin dan lampu LED, dan lain-lain.

WAKAF PEMBELIAN TANAH (TAPAK SMITI BAHRUL ULUM)

Pihak Ahli Lembaga Tadbir (ALT) sedang membeli sebidang tanah bersebelahan tanah SRIBU sebagai tapak untuk bangunan SMITI Bahrul Ulum memandangkan keluasan tanah sekarang amat terhad. Pihak ALT telah bersetuju untuk membeli sebahagian tanah di Lot 931, Mukim 19, Kampung Mengkuang Titi. Jumlah keluasan yang telah dipersetujui adalah 1.23 ekar (kira-kira 1/3 daripada keseluruhan keluasan lot).

Justeru itu, pihak ALT telah membuka tawaran Wakaf Pembelian Tanah tersebut kepada semua masyarakat Muslim yang ingin bersama-sama turut serta berkongsi pahala dan hasrat dalam perjuangan fi Sabillillah ini.

 PENUTUP

Semoga Allah permudahkan usaha ini. Dan pihak kami juga mengajak tuan/puan untuk bersama-sama membantu dan menyumbang kepada penubuhan SMITI Bahrul Ulum ini.

Click JOM DERMA untuk menderma/berwakaf Pembangunan SMITI Bahrul Ulum.