Utama > PENGENALAN

16-Apr-2019

Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) adalah sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terletak diKampung Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. SRIBU telah memulakan operasi persekolahan sejak tahun 2005 dengan pelajar seramai 31 orang. Jumlah ini meningkat dari tahun kesetahun bagi memenuhi permintaan masyarakat Muslim setempat khususnya di Pulau Pinang dan Selatan Kedah.


SRIBU ditubuhkan atas konsep berkebajikan, bukanlah berasaskan keuntungan (perniagaan). Dengan kadar yuran antara yang terendah di Pulau Pinang, SRIBU amat memerlukan sumbangan derma/infaq/wakaf dari seluruh masyarakat Islam untuk terus istiqamah melahirkan generasi ummah yang memiliki asas Islam yang mantap dan mengekalkan kelestarian operasinya.

SRIBU mengajak Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk bersama-sama berkongsi hasrat dan cita-cita mulia ini, yang juga adalah satu jihad dalam Islam.