Utama > Falsafah Pendidikan SRIBU

16-Apr-2019

Pendidikan adalah usaha berterusan dan menyeluruh dalam membentuk kepercayaan, pengetahuan dan jati diri Muslim serta memperkembangkan potensi diri berteraskan al Quran, as Sunnah, ijmak ulamak dan qias. Usaha ini adalah untuk melahirkan generasi beriman dan bertaqwa, berilmu dan berkemahiran yang seimbang duniawi dan ukhrawi bagi memenuhi keperluan dan cabaran semasa dan akan datang, serta bertanggungjawab untuk membangun diri, agama, masyarakat, alam sekitar, negara dan seterusnya memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju redha Allah.